Kasut luncur

Kasut luncur ialah but khas yang dipasangkan bilah di bawahnya, yang digunakan untuk menggerakkan pemakainya meluncur sepanjang suatu lapisan (atau permukaan) ais.Kasut luncur yang terdahulu asalnya diperbuat daripada tulang kaki kuda, lembu atau rusa dan dipasangkan pada kaki dengan tali pengikat. Kasut ini memerlukan pemakai menggunakan suatu tongkat berpancang logam tajam yang digunakan untuk menolak pemakai ke hadapan, tidak seperti kasut luncur moden yang digunakan pada hari ini.[1]Kasut luncur moden datang dalam pelbagai jenis yang dipilih bergantung pada sifat keperluan yang dikehendaki dalam suatu kegiatan meluncur itu. Ia dipakai untuk tujuan rekreasi di padang luncur atau mana-mana kawasan air beku di seluruh dunia dan digunakan sebagai kasut kelengkapan dalam pelbagai jenis sukan, termasuk luncur ais berbunga, hoki ais, bandy, luncur laju dan luncur liar (tour skating).

Rujukan

WikiPedia: Kasut luncur http://www.scholastic.com/teachers/article/ice-ska... http://www.vhspeedskating.com/resources/blade-main... http://www.valhs.org/history/articles/daily_living... https://www.americanathleticshoe.com/figure https://www.americanathleticshoe.com/hockey https://books.google.com/books?id=dqxCwBBBhngC&pg=... https://web.archive.org/web/20060512185951/http://... https://web.archive.org/web/20100421013708/http://... https://web.archive.org/web/20140304093758/http://... https://web.archive.org/web/20171114150107/https:/...